TEKS BAHASA ARAB
إذا أتى علي يوم لم أزدد فيه خيرا فلا بورك لي فيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika datang kepadaku suatu hari yang tidak bertambah kebaikan pada hari tersebut, maka aku tidak diberkati pada hari itu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1229, hadis nombor 6253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: إذا أتى علي يوم لم أزدد فيه خيرا؛ فلا بورك لي فيه.
[عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (380)].
(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika datang kepadaku suatu hari yang tidak bertambah kebaikan pada hari tersebut, maka aku tidak diberkati pada hari itu.
[Riwayat Ibn 'Adi, Ibn Hibban dalam al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 380].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.