TEKS BAHASA ARAB
إذا جاءكم الأكفاء فأنكحوهن، ولا تربصوا بهن الحدثان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika datang kepada kamu seseorang yang sekufu maka kahwinilah dia. Dan janganlah kamu menunggunya ia kedua-duanya bertemu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 929, hadis nombor 4777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إذا جاءكم الأكفاء فأنكحوهن، ولا تربصوا بهن الحدثان)).
[فر، ((الضعيفة)) (2502)].
(Palsu)
Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika datang kepada kamu seseorang yang sekufu maka kahwinilah dia. Dan janganlah kamu menunggunya ia kedua-duanya bertemu.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2502].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.