Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jika datang hari Jumaat, seekor burung akan memanggil burung lain

Teks Bahasa Arab

حديث: إِذَا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ نَادَتِ الطَّيْرُ الطَّيْرَ، وَالْوُحُوشُ الْوُحُوشَ، وَالسِّبَاعُ السِّبَاعَ: سَلامٌ عَلَيْكُمْ هَذَا يَوْمُ الْجُمُعَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jika datang hari Jumaat seekor burung akan memanggil burung lain, binatang liar akan memanggil binatang liar lain, binatang bertaring akan memanggil binatang bertaring yang lain: Sejahtera ke atas kamu pada hari Jumaat ini.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 438, hadis no. 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من نسخة موضوعة. وكذا حديث: أربعة يستأنفون العمل: المريض إذا برئ، والمشرك إذا أسلم، والمنصرف من الجمعة إيمانًا واحتساباً، والحاج.

Ia hadis yang palsu. Begitu juga hadis: 4 golongan berterusan bekerja, orang sakit jika sembuh, orang musyrik jika masuk islam, orang yang beredar dari solat Jumaat dengan penuh keimanan dan pengharapan, dan orang yang melaksanakan haji.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.