Jika datang hari Arafah, Allah akan mengampunkan orang-orang yang melakukan haji

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم عرفة؛ غفر الله للحاج، فإذا كانت ليلة المزدلفة؛ غفر الله عز وجل للتجار، فإذا كان يوم منى غفر الله للجمالين، فإذا كان يوم رمي جمرة العقبة؛ غفر الله عز وجل للسؤال، فلا يشهد ذلك الموضع أحد إلا غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika datang hari Arafah, Allah akan mengampunkan orang-orang yang melakukan haji. Apabila tiba malam Muzdalifah, Allah mengampunkan para peniaga. Jika tiba hari Mina, Allah mengampunkan orang-orang yang menunggang unta. Jika tiba hari melontar di Jamrah al-Aqabah, Allah mengampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun. Tidak ada orang menyaksikan kesemua tempat itu seorang pun kecuali Allah akan mengampuninya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 757, hadis nombor 3875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا كان يوم عرفة؛ غفر الله للحاج، فإذا كانت ليلة المزدلفة؛ غفر الله -عز وجل- للتجار، فإذا كان يوم منى غفر الله للجمالين، فإذا كان يوم رمي جمرة العقبة؛ غفر الله -عز وجل- للسؤال، فلا يشهد ذلك الموضع أحد إلا غفر له)).
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن عبد البر، ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6287)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika datang hari Arafah, Allah akan mengampunkan orang-orang yang melakukan haji. Apabila tiba malam Muzdalifah, Allah mengampunkan para peniaga. Jika tiba hari Mina, Allah mengampunkan orang-orang yang menunggang unta. Jika tiba hari melontar di Jamrah al-Aqabah, Allah mengampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun. Tidak ada orang menyaksikan kesemua tempat itu seorang pun kecuali Allah akan mengampuninya.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’, Ibn Abd al-Bar, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6287]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs