Jika bukan kerana wanita, nescaya Allah SWT disembah secara hakiki

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لولا النساء لعبد الله حقا حقا


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika bukan kerana wanita, nescaya Allah SWT disembah secara hakiki.


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 119, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن عمر مرفوعا وفي إسناده: متروكان ومنكر.
قال ابن عدي: هذا الحديث منكر لا أعرفه إلا من هذا الطريق.
قال في اللآلىء: له شاهد رواه الثقفي في الثقفيات من حديث أنس: لولا المرأة لدخل الرجل الجنة.
وفي إسناده: بشر بن الحسين وهو متروك.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Umar secara marfu'(disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang matruk dan seorang lagi perawi munkar (terlalu lemah).
Ibn Adi berkata: Hadith ini munkar, aku tidak mengetahuinya melainkan jalan riwayat ini.
Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: bagi riwayat ini ada sokongan lain. Al-Thaqafi meriwayatkan di dalam kitabnya al-thaqafiyyat daripada hadith Anas: Jika tidak kerana wanita, nescaya lelaki akan masuk syurga.
Di dalam Sanad hadith ini terdapat Bisyr bin al-Husain seorang yang matruk.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs