Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لولا النساء لعبد الله حقا حقا
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jika bukan kerana wanita, nescaya Allah SWT disembah secara hakiki
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
- Umar al-Khattab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 119, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Adi meriwayatkan daripada Umar secara marfu (disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang matruk dan seorang lagi perawi munkar (terlalu lemah). Ibn Adi berkata: Hadith ini munkar, aku tidak mengetahuinya melainkan jalan riwayat ini. Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: bagi riwayat ini ada sokongan lain. Al-Thaqafi meriwayatkan di dalam kitabnya al-thaqafiyyat daripada hadith Anas: Jika tidak kerana wanita, nescaya lelaki akan masuk syurga. Di dalam Sanad hadith ini terdapat Bisyr bin al-Husain seorang yang matruk
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman