Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنْ لَمْ يَكُنِ الْفُقَهَاءُ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ فِي الآخِرَةِ فَمَا لِلَّهِ ولي.
Teks Bahasa Melayu
Jika bukan kerana para fuqaha menjadi wali Allah di akhirat, maka tiadalah Allah sebagai wali (pelindung).
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«إِنْ لَمْ يَكُنِ الْعُلَمَاءُ أَوْلِيَاءَ فَلَيْسَ لَهُ وَلِيٌّ» لَا أَعْرِفُهُ حَدِيثا. وَعَن الشَّافِعِي «إِنْ لَمْ يَكُنِ الْفُقَهَاءُ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ فِي الآخِرَةِ فَمَا لِلَّهِ ولي» ، وَقَالَ «مَا أَحَدٌ أَوْرَعَ لِخَالِقِهِ مِنَ الْفُقَهَاءِ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ فِي الآخِرَةِ» .
“Jika bukan kerana ulama menjadi wali, maka tiadalah bagi-Nya (Allah) sebagai wali.” Saya tidak ketahui bahawa ia adalah hadis. Daripada Imam al-Syafi’i: “Jika bukan kerana para fuqaha menjadi wali Allah di akhirat, maka tiadalah Allah sebagai wali (pelindung).” Dan beliau berkata: “Tiada orang yang lebih warak terhadap penciptanya daripada para fuqaha yang menjadi wali Allah di akhirat.”
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman