Jika berkumpul di antara seorang alim dan ahli ibadat di atas titian sirat

TEKS BAHASA ARAB

إذا اجتمع العالم والعابد على الصراط، قيل للعابد: ادخل الجنة وتنعم بعبادتك قبل العالم، وقيل للعالم: ههنا فاشفع لمن أحببت، فإنك لا تشفع لأحد إلا شفعت، فقام مقام الأنبياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika berkumpul di antara seorang alim dan ahli ibadat di atas titian sirat. Dikatakan kepada ahli ibadat: Masuklah kamu ke dalam syurga dan berseronoklah dengan ibadah-ibadah kamu sebelum orang alim. Dikatakan kepada orang alim: Berikanlah syafaat kepada sesiapa sahaja yang kamu sukai, sesungguhnya engkau tidak dapat memberikan syafaat kecuali engkau akan diberi syafaat, lalu berada pada tingkatan para nabi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 655, hadis nombor 3382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا اجتمع العالم والعابد على الصراط، قيل للعابد: ادخل الجنة وتنعم بعبادتك قبل العالم، وقيل للعالم: ههنا فاشفع لمن أحببت، فإنك لا تشفع لأحد إلا شفعت، فقام مقام الأنبياء)). [فر، ((الضعيفة)) (2205)]

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jika berkumpul di antara seorang alim dan ahli ibadat di atas titian sirat. Dikatakan kepada ahli ibadat: Masuklah kamu ke dalam syurga dan berseronoklah dengan ibadah-ibadah kamu sebelum orang alim. Dikatakan kepada orang alim: Berikanlah syafaat kepada sesiapa sahaja yang kamu sukai, sesungguhnya engkau tidak dapat memberikan syafaat kecuali engkau akan diberi syafaat, lalu berada pada tingkatan para nabi.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2205]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs