Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا اجتمع العالِمُ والعابدُ على الصِّراطِ ، قيلَ للْعابدِ ادْخُلِ الجنَّةَ وتنَعَّمْ بعبادتِك قبل العالِمِ ، وقيل لِلعالم هَهُنَا فاشفعْ لِمَن أحْبَبْتَ ، فَإِنَّك لا تَشْفَعُ لِأَحدٍ إلا شُفِّعْتَ ، فقام مقامَ الأنْبِياء.
Teks Bahasa Melayu
Jika berkumpul di antara seorang alim dan ahli ibadat di atas titian sirat. Dikatakan kepada ahli ibadat: Masuklah kamu ke dalam syurga dan berseronoklah dengan ibadah-ibadah kamu sebelum orang alim. Dikatakan kepada orang alim: Berikanlah syafaat kepada sesiapa sahaja yang kamu sukai, sesungguhnya engkau tidak dapat memberikan syafaat kecuali engkau akan diberi syafaat, lalu berada pada tingkatan para nabi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 655, hadis no. 3382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا اجتمع العالم والعابد على الصراط، قيل للعابد: ادخل الجنة وتنعم بعبادتك قبل العالم، وقيل للعالم: ههنا فاشفع لمن أحببت، فإنك لا تشفع لأحد إلا شفعت، فقام مقام الأنبياء)). [فر، ((الضعيفة)) (2205)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jika berkumpul di antara seorang alim dan ahli ibadat di atas titian sirat. Dikatakan kepada ahli ibadat: Masuklah kamu ke dalam syurga dan berseronoklah dengan ibadah-ibadah kamu sebelum orang alim. Dikatakan kepada orang alim: Berikanlah syafaat kepada sesiapa sahaja yang kamu sukai, sesungguhnya engkau tidak dapat memberikan syafaat kecuali engkau akan diberi syafaat, lalu berada pada tingkatan para nabi.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2205]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman