Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Jika berkata-kata itu adalah perak, maka diam itu adalah emas

Teks Bahasa Arab

إِنْ كَانَ الْكَلامُ مِنْ فِضَّةٍ فَالصَّمْتُ مِنْ ذَهَبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Jika berkata-kata itu adalah perak, maka diam itu adalah emas.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 62, hadis no. 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من قول سليمان عليه السلام، أو لقمان لابنه، ذكره ابن الديبع.

Ia adalah kata-kata Nabi Sulaiman AS, atau Luqman kepada anaknya, disebutkan oleh Ibn al-Daiba’.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.