Jika berhimpun antara satu sama lain (bersetubuh) hendaklah kamu menutup (auratmu)

TEKS BAHASA ARAB

إذا جامع أحدكم؛ فليستتر، ولا يتجردا تجرد البعيرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika berhimpun antara satu sama lain (bersetubuh) hendaklah kamu menutup (auratmu), dan jangan bertelanjang seperti dua ekor unta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 952, hadis nombor 4913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابي قلابة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺقال: إذا جامع أحدكم؛ فليستتر، ولا يتجردا تجرد البعيرين.
[ابن سعد، ((الضعيفة))(5978)]

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Abu Qilabah RA daripada Nabi SAW bersabda: Jika berhimpun antara satu sama lain (bersetubuh) hendaklah kamu menutup (auratmu), dan jangan bertelanjang seperti dua ekor unta.
[Riwayat Ibn Saad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5978].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs