Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كان الغلامُ لم يَطعَمِ الطّعامَ صُبَّ على بولِهِ، وإذا كانتِ الجاريةُ غسِّلْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika bayi lelaki belum makan makanan, maka curahkan air pada air kencingnya dan jika bayi perempuan pula, basuhlah air kencingnya.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1202, hadis no. 6104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة رضي الله عنها مرفوعا: إذا كان الغلام لم يطعم الطعام صب على بوله، وإذا كانت الجارية غسله. [طس، ((الضعيفة)) (2648)]
(Lemah) Daripada Ummi Salamah RA secara marfu': Jika bayi lelaki belum makan makanan, maka curahkan air pada air kencingnya dan jika bayi perempuan pula, basuhlah air kencingnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2648]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman