Jika banyaknya dosa seseorang hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إذا كثرت ذنوب العبد فلم يكن له من العمل ما يكفرها ابتلاه الله بالحزن ليكفرها عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika banyaknya dosa seseorang hamba-Nya, dan hamba itu tidak membuat apa yang boleh menghapuskan dosa-dosanya, maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan supaya kesedihan itu memadam dosa-dosanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2005, hadis nombor 10057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة -رضي الله عنها – مرفوعاً: إذا كثرت ذنوب العبد فلم يكن له من العمل ما يكفرها ابتلاه الله بالحزن ليكفرها عنه.
[حم، ابن أبي الدنيا في ((الهم والحزن))، البزار، أبو الشيخ في التاريخ أصبهان))، الثقفي في ((الفوئد))، محمد بن عاصم الثقفي في ((أحاديثه))، محمد بن المظفر في ((الغرائب مالك))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عبدالغني المقدسي في أحاديث محمد بن عاصم، ((الضعيفة)) (2695)]

(Lemah)
Daripada Aisyah RA -diriwayat secara marfu’-: Jika banyaknya dosa seseorang hamba-Nya, dan hamba itu tidak membuat apa yang boleh menghapuskan dosa-dosanya, maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan supaya kesedihan itu memadam dosa-dosanya.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibn abu al-Dunya dalam al-Hum Wa al-Hazanu, al-Bazzar, Abu Syaikh dalam Tarikh 'Asbihan, al-Thaqafi dalam al-Fawa’id, Muhammad Bin Asim al-Thaqafi dalam Ahadithihi, Muhammad Bin al-Mazhfar dalam Gharb Malk, Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan, Abdul Ghani al-Maqdisi dalam Tarikh Muhammad bin Asim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2695]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs