Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كثُرَتْ ذنوبُ العبدِ فلَمْ يكنْ لَهُ مِنَ العمَلِ ما يكفِّرُها ابتلاهُ اللهُ بالحزْنِ ليكفِّرَها عنْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika banyaknya dosa seseorang hamba-Nya, dan hamba itu tidak membuat apa yang boleh menghapuskan dosa-dosanya, maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan supaya kesedihan itu memadam dosa-dosanya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2005, hadis no. 10057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Aisyah RA -diriwayat secara marfu'-: Jika banyaknya dosa seseorang hamba-Nya, dan hamba itu tidak membuat apa yang boleh menghapuskan dosa-dosanya, maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan supaya kesedihan itu memadam dosa-dosanya. [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibn Abu al-Dunya dalam al-Hum Wa al-Hazanu, al-Bazzar, Abu Syaikh dalam Tarikh 'Asbihan, al-Thaqafi dalam al-Fawa’id, Muhammad Bin Asim al-Thaqafi dalam Ahadithihi, Muhammad Bin al-Mazhfar dalam Gharb Malk, Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan, Abdul Ghani al-Maqdisi dalam Tarikh Muhammad bin Asim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2695]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman