Jika Baginda SAW didatangkan dengan jenazah

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أتى بالمرء قد شهد بدرا والشجرة، كبر عليه تسعا، فإذا أتى به قد شهد بدرا ولم يشهد الشجرة، أو شهد الشجرة ولم يشهد بدرا، كبر عليه سبعا، وإذا أُتي بالمرءِ لم يشهد بدرا ولا الشجرة كبر عليه أربعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Baginda SAW didatangkan dengan jenazah orang yang menyertai perang Badar dan perjanjian Ridwan, Baginda akan bertakbir sebanyak sembilan kali. Jika jenazah itu hanya menyertai perang Badar dan tidak menyertai perjanjian Ridwan atau menyertai perjanjian Ridwan namun tidak pernah menyertai perang Badar, Baginda akan bertakbir sebanyak tujuh kali. Jika didatangkan jenazah yang tidak menyertai perang Badar mahupun perjanjian Ridwan, Baginda akan bertakbir sebanyak empat kali.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1960, hadis nombor 9804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – قال: كان إذا أتى بالمرء قد شهد بدرا والشجرة، كبر عليه تسعا، فإذا أتى به قد شهد بدرا ولم يشهد الشجرة، أو شهد الشجرة ولم يشهد بدرا، كبر عليه سبعا، وإذا أُتي بالمرءِ لم يشهد بدرا ولا الشجرة كبر عليه أربعا.
[عد، ابن عساكر، الضعيفة (6633)]

(Sangat Munkar)
Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata: Jika Baginda SAW didatangkan dengan jenazah orang yang menyertai perang Badar dan perjanjian Ridwan, Baginda akan bertakbir sebanyak sembilan kali. Jika jenazah itu hanya menyertai perang Badar dan tidak menyertai perjanjian Ridwan atau menyertai perjanjian Ridwan namun tidak pernah menyertai perang Badar, Baginda akan bertakbir sebanyak tujuh kali. Jika didatangkan jenazah yang tidak menyertai perang Badar mahupun perjanjian Ridwan, Baginda akan bertakbir sebanyak empat kali.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6633]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.