Jika Baginda mendengar azan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا سمع النداء كأنة لا يعرف أحدا من الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Baginda mendengar azan, Baginda menjadi seolah-olah tidak mengenali sesiapa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1076, hadis nombor 5484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أسامة بن أبي عطاء كان عند النعمان بن بشير إذ أقبل سويد بن غفله بن أمية فأرسل إليه فدعاه والنعمان يومئذ أمير فقال له: ألم يبلغني أنك صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: أو مرة؟ لا بل مرارا كان إذا سمع النداء كأنة لا يعرف أحدًا من الناس. [أبو زرعة الدمشقي في تاريخ دمشق، والدولابي، الضعيفة (5965)]

(Munkar) Daripada Usamah bin Abu ‘Ata’, beliau berada di sisi al-Nu‘man bin Bashir yang sedang bertemu dengan Suwaid bin Ghafalah bin Umayyah. Beliau diberikan perutusan dan dipanggil. Beliau ketika itu merupakan seorang gabenor. Suwaid berkata kepada beliau: Aku mendapat tahu bahawa kamu pernah mendirikan solat bersama Rasulullah SAW? Adakah sekali? al-Nu‘man menjawab: Bukan sekali. Tetapi berkali-kali. Jika Baginda mendengar azan, Baginda menjadi seolah-olah tidak mengenali sesiapa. [Riwayat Abu Zur‘ah al-Dimashqi dalam Tarikh Dimashq dan al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5965]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs