Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا سمعَ النداءَ كأنّهُ لا يعرفُ أحدا من الناسِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Baginda mendengar azan, Baginda menjadi seolah-olah tidak mengenali sesiapa.
Sahabat Perawi
- al-Nu‘man bin Bashir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1076, hadis no. 5484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أسامة بن أبي عطاء كان عند النعمان بن بشير إذ أقبل سويد بن غفله بن أمية فأرسل إليه فدعاه والنعمان يومئذ أمير فقال له: ألم يبلغني أنك صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: أو مرة؟ لا بل مرارا كان إذا سمع النداء كأنة لا يعرف أحدًا من الناس. [أبو زرعة الدمشقي في تاريخ دمشق، والدولابي، الضعيفة (5965)]
(Munkar) Daripada Usamah bin Abu ‘Ata’, beliau berada di sisi al-Nu‘man bin Bashir yang sedang bertemu dengan Suwaid bin Ghafalah bin Umayyah. Beliau diberikan perutusan dan dipanggil. Beliau ketika itu merupakan seorang gabenor. Suwaid berkata kepada beliau: Aku mendapat tahu bahawa kamu pernah mendirikan solat bersama Rasulullah SAW? Adakah Sekali? al-Nu‘man menjawab: Bukan sekali. Tetapi berkali-kali. Jika Baginda mendengar azan, Baginda menjadi seolah-olah tidak mengenali sesiapa. [Riwayat Abu Zur‘ah al-Dimashqi dalam Tarikh Dimashq dan al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5965]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman