Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jika Arab menjadi hina, Islam juga akan terhina

Teks Bahasa Arab

إذا ذلَّتِ العربُ؛ ذلَّ الإسلامُ.

Teks Bahasa Melayu

Jika Arab menjadi hina, Islam juga akan terhina.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1777, hadis no. 8936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا ذلت العرب؛ ذل الإسلام)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ع، ((الضعيفة)) (163)]

(Palsu) Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika Arab menjadi hina, Islam juga akan terhina. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān, Abū Ya‘lā dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 163]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.