Jika Allah SWT mengizinkan langit dan bumi berkata-kata

TEKS BAHASA ARAB

لو أذن الله للسماوات والأرض أن يتكلما لبشرتا صائمي رمضان بالجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah SWT mengizinkan langit dan bumi berkata-kata, sudah pasti kedua-duanya akan memberitahu khabar gembira kepada orang yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan ganjaran syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1154, hadis nombor 5835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لو أذن الله للسماوات والأرض أن يتكلما لبشرتا صائمي رمضان بالجنة. [الخطيب في المتفق، عق، عد، الضعيفة (5803)]

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika Allah SWT mengizinkan langit dan bumi berkata-kata, sudah pasti kedua-duanya akan memberitahu khabar gembira kepada orang yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan ganjaran syurga. [Riwayat al-Khatib dalam al-Muttafiq, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5803]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs