Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو أذِنَ الله للسماواتِ والأرضِ أن يَتَكَلَّمَا، لبَشَّرَتَا صَائِمِي رمضان بالجَنَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Allah SWT mengizinkan langit dan bumi berkata-kata, sudah pasti kedua-duanya akan memberitahu khabar gembira kepada orang yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan ganjaran syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1154, hadis no. 5835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لو أذن الله للسماوات والأرض أن يتكلما لبشرتا صائمي رمضان بالجنة. [الخطيب في المتفق، عق، عد، الضعيفة (5803)]
(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika Allah SWT mengizinkan langit dan bumi berkata-kata, sudah pasti kedua-duanya akan memberitahu khabar gembira kepada orang yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan ganjaran syurga. [Riwayat al-Khatib dalam al-Muttafiq, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5803]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman