Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
((لئن ردَّها اللَّهُ -عز وجل-، لأشكُرنَّ ربِّي -عز وجل-؟)) قالَ: ((ألَم أقلِ: الحَمدُ للَّهِ؟)).
Teks Bahasa Melayu
“Jika Allah SWT mengembalikannya aku akan bersyukur kepada Allah?” Baginda bersabda: “Bukankah aku telah berkata: Segala puji bagi Allah?”
Sahabat Perawi
- al-Saib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 824 - 825, hadis no. 4237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada al-Walid bin al-Saib berkata: Busr bin Ubaidullah menyampaikan kepada saya daripada daripada al-Nawwas bin Sam’an berkata: Unta Rasulullah SAW al-Jad'a telah dicuri, lalu Rasulullah SAW bersabda: “Jika Allah SWT mengembalikannya kepadaku, aku akan bersyukur kepada tuhanku.” Lalu ia sampai di satu lembah dari lembah Arab yang padanya ada wanita yang muslimah. Lalu unta itu jika dilepaskan ia berlepas sendirian, dan jika ia duduk ia akan duduk sendirian dan meletakkan lehernya, lalu Allah menjadikan dia berada di atasnya dan lari dengannya lalu dia mendaapti kaumnya itu lalai, lalu dia duduk di atasnya dan dia menggerakkanya, lalu dia sampai dengannya di Madinah. Apabila kaum muslimin mereka merasa gembira dan berjalan di sisinya. Lalu mereka mendapatkan Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW melihatnya baginda berkata: Segala puji bagi Allah. Lalu wanita itu berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah bernazar jika Allah menyelamatkan aku menunggangnya aku mahu menyembelihnya, dan aku menyedekahkannya kepada orang miskin, dan baginda berkata: “Alangkah buruknya apa yang engkau ingin lakukan, tidak ada nazar untukmu kecuali apa yang engkau miliki.” Lalu mereka menunggu, adalah Rasulullah SAW melakukan puasa atau solat, lalu mereka menyangka baginda telah lupa. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Engkau telah berkata bahawa: “Jika Allah SWT mengembalikannya aku akan bersyukur kepada Allah?” Baginda bersabda: “Bukankah aku telah berkata: Segala puji bagi Allah?” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6549]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman