Jika Allah SWT mahu turun ke langit dunia, dia akan turun dari Arasy-Nya dengan Zat-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله أن ينزل إلى السماء الدنيا نزل عن عرشه بذاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah SWT mahu turun ke langit dunia, dia akan turun dari Arasy-Nya dengan Zat-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 51, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

محدثه دجال.

Orang yang meriwayatkannya adalah Dajjal (Pendusta).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.