Jika Allah suka kepada seorang hamba, Dia akan mengujinya dengan bala

TEKS BAHASA ARAB

إذا أحب الله عبداً؛ ألصق به البلاء، فإن الله عز وجل يريد أن يصافيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah suka kepada seorang hamba, Dia akan menimpanya dengan bala. Ini kerana sesungguhnya Allah azza wa jalla ingin membersihkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1769, hadis nombor 8905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سعيد بن المسيب قال: قال صلى الله عليه وسلم-: ((إذا أحب الله عبداً؛ ألصق به البلاء، فإن الله عز وجل يريد أن يصافيه.)) [هب، ((الضعيفة)) (6973)].

(Palsu)
Daripada Said bin al-Musayyib beliau berkta: Rasulullah SAW bersabda: ((Jika Allah suka kepada seorang hamba, Dia akan mengujinya dengan bala. Ini kerana sesungguhnya Allah azza wa jalla ingin membersihkannya.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6973].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.