Jika Allah menyembuhkan dua anakku, aku akan berpuasa tiga hari sebagai tanda syukur

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه مرض الحسن والحسين. فقال علي: إن عافى الله ولدي صمت ثلاثة أيام شكرا. وقالت فاطمة مثل ذلك، وقالت جارية لهم: مثل ذلك، فأصبحوا قد مسح الله ما بالغلامين، فهم صيام وليس عندهم قليل ولا كثير. فانطلق علي إلى رجل من اليهود. فقال له: أسلفني ثلاثة آصع من شعير، واعطني جزة صوف تغزلها لك بنت محمد. فأعطاه: فاحتمله علي تحت ثوبه ودخل على فاطمة. وقال: دونك فاغزلي هذا، وقامت الجارية إلى صاع من الشعير فطحنته وعجنته، فخبزت منه خمسة أقراص، وصلى علي المغرب مع النبي صلى الله عليه وآله وسلم ورجع، فوضع الطعام بين يديه، وقعد ليفطر. فإذا مسكين بالباب يقول: يا أهل بيت محمد، مسكين من مساكين المسلمين على بابكم. أطعموني مما تأكلون، أطعمكم الله على موائد الجنة، فرفع علي يده. وقال شعرا يخاطب فاطمة، فدفعوا الطعام إلى المسكين، وهو حديث طويل، وفي اليوم الثاني والثالث. فعلم بذلك النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: اللهم انزل على آل محمد كما أنزلت على مريم، ثم قال: ادخلي مخدعك، فدخلت فإذا جفنة تفور مملوءة ثريدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa al-Hasan dan al-Husain telah jatuh sakit. Maka Ali berkata: Jika Allah menyembuhkan dua anakku, aku akan berpuasa tiga hari sebagai tanda syukur. Fatimah juga berkata seperti itu. Seorang hamba perempuan milik mereka juga berkata seperti itu. Lalu mereka bangun pagi dan Allah telah memadamkan penyakit yang ada pada dua orang anak tersebut, lalu mereka berpuasa dan tiada pada mereka sedikit dan tidak juga banyak. Lalu Ali pergi kepada seorang lelaki Yahudi. Beliau berkata: Berikanlah aku hutang tiga gantang gandum, dan berikanlah aku bulu biri-biri untuk ditenun oleh anak perempuan Nabi Muhammad untukmu. Lalu dia memberikannya. Lalu Ali membawanya di bawah bajunya dan dia masuk berjumpa Fatimah. Dia berkata: Ambillah dan tenunlah bulu biri-biri ini, lalu hamba perempuan mereka bangun dan pergi kepada segantang gandum dan menumbuk serta mengulinya, lalu dia membakar lima keping roti. Ali melakukan solat maghrib bersama Nabi SAW lalu pulang dan diletakkan makanan di hadapannya. Dia pun duduk untuk berbuka puasa, lalu ada seorang miskin di pintu berkata: Wahai keluarga Muhammad, seorang miskin di antara orang-orang yang miskin daripada kalangan orang Islam di pintumu. Berilah aku makan daripada apa yang kamu makan. Nescaya Allah akan memberi kamu makan daripada hidangan syurga, lalu Ali mengangkat tangannya. Dia berkata: Gandum, dia berkata kepada Fatimah. Lalu mereka memberikan makanan itu kepada si miskin. Ia adalah hadith yang panjang. Pada hari kedua dan ketiga. Lalu Nabi SAW mengetahui perkara tersebut dan bersabda: Ya Allah Engkau turunkanlah kepada keluarga Muhammad sepertimana yang Engkau turunkan kepada Maryam. Kemudian Baginda berkata: Masuklah ke dalam bilikmu, lalu dia masuk dan menjumpai bekas yang dipenuhi dengan bubur Tharid yang sedang menggelegak.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 376-377, hadis nombor 79. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن ماجه، وفيه الأصبغ بن نباتة. قال: مرض الحسن، فذكره. وهو لا يساوى شيئا. وفي إسناده: ضعيفان، وذكره ابن الجوزي في الموضوعات. قال في اللآلىء: قال الحكيم الترمذي. في نوادر الأصول: ومن الحديث الذي تنكره القلوب، حديث رواه ليث عن مجاهد عن ابن عباس في قوله تعالى: (يوفون بالنذر ويخافون يوما كان شره مستطيرا، ويطعمون الطعام على حبه مسكينا ويتيما وأسيرا) وذكر نحو ما تقدم.

Diriwayatkan oleh Ibn Majah, padanya ada al-Asbagh bin Nabatah. Dia berkata: al-Hasan jatuh sakit, dan menyebutkan hadith. Dia tidak bernilai dengan sesuatupun (tidak boleh dijadikan hujah).
Pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang dhaif, disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at. Dia berkata dalam al-Laali’: Al-Hakim al-Tirmizi berkata dalam Nawadir al-Usul: Antara hadith yang disangkal oleh hati ialah hadith yang diriwayatkan oleh Laith daripada Mujahid daripada Ibn Abbas dalam firman Allah SWT: “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan” dan dia menyebutkan seperti yang disebutkan sebelum ini.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.