TEKS BAHASA ARAB
حديث: لو أذن الله لأهل السموات والأرض أن يتكلموا لبشروا صوام شهر رمضان بالجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jika Allah mengizinkan untuk penghuni langit dan bumi untuk berkata, pasti mereka akan menyampaikan berita gembira kepada orang yang berpuasa Ramadhan dengan syurga.
STATUS
Terlalu lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 90, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن أنس مرفوعا وقال: إسناده مجهول وحديث غير محفوظ وقد روي من حديث أبي هريرة بإسناد فيه متروك.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan beliau berkata: Pada sanadnya perawi yang tidak dikenali, dan hadith ini tidak terpelihara dan telah diriwayatkan daripada hadith Abu Hurairah dengan sanad padanya terdapat perawi matruk (terlalu dhaif).
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.