Pada sanadnya terdapat perawi matruk

30/06/2024

minit bacaan



Jika Allah mengizinkan untuk penghuni langit dan bumi untuk berkata

Teks Bahasa Arab

حديث: لو أذن الله لأهل السموات والأرض أن يتكلموا لبشروا صوام شهر رمضان بالجنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jika Allah mengizinkan untuk penghuni langit dan bumi untuk berkata, pasti mereka akan menyampaikan berita gembira kepada orang yang berpuasa Ramadhan dengan syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA
  2. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Pada sanadnya terdapat perawi matruk

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 90, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أنس مرفوعا وقال: إسناده مجهول وحديث غير محفوظ وقد روي من حديث أبي هريرة بإسناد فيه متروك.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan beliau berkata: Pada sanadnya perawi yang tidak dikenali, dan hadith ini tidak terpelihara dan telah diriwayatkan daripada hadith Abu Hurairah dengan sanad padanya terdapat perawi matruk (terlalu dhaif).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.