Jika Allah mengizinkan penghuni syurga untuk berniaga

TEKS BAHASA ARAB

لو أذن الله لأهل الجنة فى التجارة لاتجروا ‌بالبز والعطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah mengizinkan penghuni syurga untuk berniaga, nescaya mereka akan berniaga kain kapas dan minyak wangi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 591, hadis nombor 3039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((لو أذن الله لأهل الجنة فى التجارة لاتجروا ‌بالبز والعطر)). [عق، طص، طس، حل، السلمي في ((طبقات الصوفية))، أبو عثمان النجيرمي في ((الفوائد))، ومكي المؤذن في ((حديثه))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (389)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Jika Allah mengizinkan penghuni syurga untuk berniaga, nescaya mereka akan berniaga kain kapas dan minyak wangi. [Riwayat al-Uqaili dalam kitab al-Ḍu’afa’ al-Kabir, Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Saghir, Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, Riwayat al-Sulami dalam Tabaqot al-Sufiyyah, Riwayat Abu Uthman al-Nujairimi dalam al-Fawa’id, Riwayat Makki al-Muazzin dalam Hadith beliau, dan Tarikh Dimashq oleh Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 389].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs