Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَئِنْ رَدَّها اللَّهُ عَلي، لَأَشْكِرنَّ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ - يعني: ناقته الجدعاء وقد سرقت -، فَصُبْحُتْ بِالمَدينَةُ، فَلَمَّا رَآهَا ﷺ، قَالَ: الحَمْدُ لِلهِ.
Teks Bahasa Melayu
"Jika Allah mengembalikannya kepadaku, nescaya aku akan mensyukuri Tuhanku Azzawajalla." – iaitu unta baginda, al-Jad'a', kerana ia telah dicuri – lalu unta itu muncul di Madinah. Tatkala baginda ﷺ melihatnya, baginda mengucapkan: "Alhamdulillah."
Sahabat Perawi
- Al-Nawwas bin Sam‘an RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 439, hadis no. 2354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada al-Nawwas bin Sam‘an RA, beliau berkata: Unta Rasulullah ﷺ (yang bernama) al-Jad'a' telah dicuri, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika Allah mengembalikannya kepadaku, nescaya aku akan mensyukuri Tuhanku Azzawajalla.” Lalu unta itu duduk di salah sebuah penempatan Arab yang di situ ada seorang perempuan muslimah. Unta itu pula apabila ia makan, ia akan makan bersendirian, manakala apabila ia duduk, ia akan duduk bersendirian sambil meletakkan lehernya. Lalu Allah menggerakkan hati perempuan itu untuk melarikan diri dengan menaiki unta itu. Tatkala dia melihat orang ramai sedang lalai, dia terus duduk di atas unta itu, kemudian menggerakkannya. Dia tiba bersama unta itu di Madinah pada keesokan paginya. Tatkala orang-orang Islam melihat unta itu, mereka gembira lalu berjalan di sampingnya sehingga mereka sampai kepada Rasulullah ﷺ. Tatkala baginda ﷺ melihatnya, baginda mengucapkan: “Alhamdulillah.” Perempuan itu lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah bernazar sekiranya Allah menyelamatkan aku dengan menunggangnya, aku akan menyembelihnya dan memberi makan dagingnya kepada orang-orang miskin.” Baginda menjawab: “Alangkah buruknya balasan yang kamu berikan kepada unta itu. Tiada nazar buatmu melainkan dengan apa yang kamu miliki.” Orang ramai lalu menunggu adakah Rasulullah ﷺ akan melakukan puasa atau solat. Lalu mereka menyangka Baginda ﷺ telah lupa, lantas mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Kamu pernah bersabda: “Jika Allah mengembalikannya kepadaku, nescaya aku akan mensyukuri Tuhanku Azzawajalla.” Baginda membalas: “Bukankah aku telah mengucapkan Alhamdulillah?” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6549].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman