Jika Allah menahan hujan daripada hamba-Nya selama lima tahun

TEKS BAHASA ARAB

لو أمسك الله -عز وجل- المطر عن عباده خمس سنين، ثم أرسله، لأصبحت طائفة من الناس كافرين، يقولون: سقينا بنوء المجدح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah menahan hujan daripada hamba-Nya selama lima tahun lalu Dia melepaskannya, nescaya sekelompok manusia akan menjadi kafir. Mereka berkata: Kita disirami (hujan) kerana bintang Mijdah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 457, hadis nombor 2449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: «لو أمسك الله -عز وجل- المطر عن عباده خمس سنين، ثم أرسله، لأصبحت طائفة من الناس كافرين، يقولون: سقينا بنوء المجدح». [ن، الدارمي، حب، حم، الطبراني في «الدعاء»، «الضعيفة» (1721)].

(Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Jika Allah menahan hujan daripada hamba-Nya selama lima tahun lalu Dia melepaskannya, nescaya sekelompok manusia akan menjadi kafir. Mereka berkata: Kita disirami (hujan) kerana bintang Mijdah” [Riwayat al-Nasa'i dalam Sunannya, al-Darimi, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Imam Ahmad dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Du’a. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1721].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs