Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jika Allah memasukkan orang yang mentauhidkan Allah ke dalam neraka

Teks Bahasa Arab

إذا أدخل اللهُ الموحِّدِينَ النارَ أَمَاتَهم فيها، فإذا أراد أن يُخْرِجَهم منها أَمَسَّهُم ألمَ العذابِ تلك الساعةَ.

Teks Bahasa Melayu

Jika Allah memasukkan orang yang mentauhidkan Allah ke dalam neraka Allah mematikan mereka di dalamnya, apabila Allah mahu mengeluarkan mereka, Allah memberikan mereka azab yang paling pedih pada ketika itu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 655, hadis no. 3383. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا أدخل الله ‌الموحدين ‌النار أماتهم فيها، فإذا أراد أن يخرجهم منها أمسهم ألم العذاب تلك الساعة)). [فر، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (2028)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jika Allah memasukkan orang yang mentauhidkan Allah ke dalam neraka Allah mematikan mereka di dalamnya, apabila Allah mahu mengeluarkan mereka, Allah memberikan mereka azab yang paling pedih pada ketika itu.” [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Kalabazi dalam Miftah al-Maani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2028]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.