Jika Allah mahukan kemajuan dan keabadian bagi suatu kaum, Allah memberikan mereka rasa mencukupi dan bersyukur

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله بقوم ‌نماء أو بقاء رزقهم العفاف والقصد، وإذا أراد الله بقوم اقتطاعا فتح عليهم، حتى إذا فرحوا بما أوتوا … الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah mahukan kemajuan dan keabadian bagi suatu kaum, Allah memberikan mereka rasa mencukupi dan bersyukur, jika Allah mahukan kemusnahan bagi sesuatu kaum, Allah akan berikan rezeki kepada mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka miliki… hadis.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 601, hadis nombor 3105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبادة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا أراد الله بقوم ‌نماء أوبقاء رزقهم العفاف والقصد، وإذا أراد الله بقوم اقتطاعا فتح عليهم، حتى إذا فرحوا بما أوتوا … الحديث)). [فر، ((الضعيفة)) (2306)].

(Sangat lemah)
Daripada Ubadah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika Allah mahukan kemajuan dan keabadian bagi suatu kaum, Allah memberikan mereka rasa mencukupi dan bersyukur, jika Allah mahukan kemusnahan bagi sesuatu kaum, Allah akan berikan rezeki kepada mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka miliki… hadis.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2306].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs