Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أراد اللهُ بقومٍ نماءً أو بقاءً رزقهم العفافَ والقَصْدَ، وإذا أراد اللهُ بقومِ اقتِطاعًا فَتَحَ عليهم، حتى إذا فَرِحُوا بما أوتُوا ...الحديث.
Teks Bahasa Melayu
Jika Allah mahukan kemajuan dan keabadian bagi suatu kaum, Allah memberikan mereka rasa mencukupi dan bersyukur, jika Allah mahukan kemusnahan bagi sesuatu kaum, Allah akan berikan rezeki kepada mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka miliki… hadis.
Sahabat Perawi
- Ubadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 601, hadis no. 3105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبادة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا أراد الله بقوم نماء أوبقاء رزقهم العفاف والقصد، وإذا أراد الله بقوم اقتطاعا فتح عليهم، حتى إذا فرحوا بما أوتوا ... الحديث)). [فر، ((الضعيفة)) (2306)].
(Sangat lemah) Daripada Ubadah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika Allah mahukan kemajuan dan keabadian bagi suatu kaum, Allah memberikan mereka rasa mencukupi dan bersyukur, jika Allah mahukan kemusnahan bagi sesuatu kaum, Allah akan berikan rezeki kepada mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka miliki… hadis.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2306].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman