Jika Allah mahukan kehinaan kepada hamba-Nya, Allah akan (membiarkan dia) membelanjakan hartanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله بعبد هوانا؛ أنفق ماله في البنيان، أو في الماء ‌والطين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah mahukan kehinaan kepada hamba-Nya, Allah akan (membiarkan dia) membelanjakan hartanya kepada bangunan atau pada air dan tanah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 601, hadis nombor 3104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن بشير الأنصاري مرفوعا: ((إذا أراد الله بعبد هوانا؛ أنفق ماله في البنيان، أو في الماء ‌والطين)). [ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (2295)].

(Lemah)
Daripada Muhammad bin Basyir al-Ansari secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika Allah mahukan kehinaan kepada hamba-Nya, Allah akan (membiarkan dia) membelanjakan hartanya kepada bangunan atau pada air dan tanah.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qasr al-Amal dan Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2295].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.