Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أراد اللهُ بعبدٍ هَوَانًا، أنفق مالَه في البُنْيَانِ، أو في الماءِ والطِّينِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Allah mahukan kehinaan kepada hamba-Nya, Allah akan (membiarkan dia) membelanjakan hartanya kepada bangunan atau pada air dan tanah.
Sahabat Perawi
- Muhammad bin Basyir al-Ansari
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 601, hadis no. 3104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Muhammad bin Basyir al-Ansari secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika Allah mahukan kehinaan kepada hamba-Nya, Allah akan (membiarkan dia) membelanjakan hartanya kepada bangunan atau pada air dan tanah.)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qasr al-Amal dan Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2295].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman