Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أراد اللهُ بعبدٍ شَرًّا خَضَّرَ له في اللبِنِ والطِّينِ حتى يَبْنِىَ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Allah mahu sesuatu keburukan kepada hamba-Nya, Allah akan memberikannya batu bata dan tanah sehingga dia membina (bangunan).
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 600, hadis no. 3103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا أراد الله بعبد شرا خضر له في اللبن والطين حتى يبني)). [طب، طس، طص، خط، ((الضعيفة)) (2294)].
(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Jika Allah mahu sesuatu keburukan kepada hamba-Nya, Allah akan memberikannya batu bata dan tanah sehingga dia membina (bangunan).)) [Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2294].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman