Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا أَرَادَ اللهُ - عزَّ وجلَّ - بِرجلٍ من أُمَّتِي خَيرًا، أَلْقَى حُبَّ أَصحَابِي فِي قَلْبِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Allah 'Azza wa Jalla hendakkan kebaikan untuk seseorang dalam kalangan umatku, Allah akan campakkan rasa cinta terhadap sahabat-sahabatku pada hatinya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1801, hadis no. 9078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا أراد الله -عز وجل- برجل من أمتي خيرا، ألقي حب أصحابي في قلبه)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1630)]
(Lemah) Daripada Anas RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Jika Allah 'Azza wa Jalla hendakkan kebaikan untuk seseorang dalam kalangan umatku, Allah akan campakkan rasa cinta terhadap sahabat-sahabatku pada hatinya." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1630]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman