Jika aku wafat, begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا متّ أنا، وأبو بكر، وعمر، وعثمان ؛ فإن استطعت أن تموت فمت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika aku wafat, begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman, jika kamu mampu untuk meninggal dunia, pilihlah untuk meninggal dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1808, hadis nombor 9116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن أبي حثمة -رضي الله عنه- أن النبي ﷺ قال: إذا متّ أنا، وأبو بكر، وعمر، وعثمان ؛ فإن استطعت أن تموت فمُتْ. [ابن حبان في (الضعفاء)، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة))(2384)]

(Lemah) Daripada Sahl bin Abu Hathmah berkata, Nabi SAW bersabda: “Jika aku wafat, begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman, jika kamu mampu untuk meninggal dunia, pilihlah untuk meninggal dunia.” [Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Abu Nu’aim Dalam Hilyah al-Auliyya’, Ibn ‘Asakir, Lihat Silsilah al-Dhaífah, no.2384]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.