Jika aku tidak diutuskan kepada kamu, nescaya Umar yang akan diutuskan kepada kamu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لولم أبعث فيكم لبعث عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika aku tidak diutuskan kepada kamu, nescaya Umar yang akan diutuskan kepada kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 336, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن بلال رضي الله عنه مرفوعا. وفي إسناده: وضاع. وروى من طريق أخرى في إسناده: متروكان هما: عبد الله بن واقد، ومشرح بن عاهان. وقال في اللآلىء: وثق الأول: ابن معين. وذكر الثاني: ابن حبان في الثقات.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Bilal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat pemalsu hadith. Diriwayatkan dari jalur yang lain pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang matruk iaitu Abdullah bin Waqid dan Masyrah bin Ahan.
Dia berkata dalam al-Laali’. Yang pertama dinilai thiqah oleh Ibn Main. Yang kedua disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs