Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لولم أُبْعَثْ فِيكُمْ لَبُعِثَ عُمَرُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jika aku tidak diutuskan kepada kamu, nescaya Umar yang akan diutuskan kepada kamu.
Sahabat Perawi
- Bilal bin Rabah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 336, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Bilal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat pemalsu hadith. Diriwayatkan dari jalur yang lain pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang matruk iaitu Abdullah bin Waqid dan Masyrah bin Ahan. Dia berkata dalam al-Laali’. Yang pertama dinilai thiqah oleh Ibn Main. Yang kedua disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman