Jika aku tidak diutuskan kepada kalian, maka Umarlah yang akan diutuskan

TEKS BAHASA ARAB

لو لم أبعث فيكم لبعث عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika aku tidak diutuskan kepada kalian, maka Umarlah yang akan diutuskan.

STATUS

(Terdapat perawi pendusta pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«لَوْ لَمْ أُبْعَثْ فِيكُمْ لَبُعِثَ عمر» وَأورد عَن بِلَال وَفِيه زِيَاد بن يحيى كَذَّاب وَعَن عقبَة بن عَامر وَفِيه عبد الله بن وَاقد مَتْرُوك ومشرح لَا يحْتَج بِهِ قلت ابْن وَاقد وَثَّقَهُ أَحْمد وَغَيره وَله شَاهد عَن الصّديق وَأبي هُرَيْرَة، وَفِي الْمَقَاصِد وَفِي الْبَاب عَن جمَاعَة وَفِي الْمُخْتَصر «لَو لم أبْعث لبعثت يَا عمر» مُنكر وَالْمَعْرُوف «لَوْ كَانَ بَعْدِي نَبِيٌّ لَكَانَ عمر بن الْخطاب» حسنه التِّرْمِذِيّ.

“Jika aku tidak diutuskan kepada kalian, maka Umarlah yang akan diutuskan.” Ia diriwayatkan daripada Bilal. Dalam sanadnya terdapat Yahya Bin Ziyad. Beliau adalah seorang pendusta. Dalam riwayat daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir dalam sanadnya terdapat Abdullah Bin Waqid. Beliau adalah perawi matruk. Masyrah pula perawi yang tidak boleh dijadikan sandaran. Saya katakan: Imam Ahmad dan lain menilai Ibn Waqid sebagai perawi yang thiqah.Ia mempunyai syahid daripada Abu Bakar al-Siddiq dan Abu Hurairah, Dalam kitab al-Maqasid menyebut dalam bab ini Ia diriwayatkan daripada sekumpulan orang. Dalam kitab al-Mukhtasar menyebut:“Jika aku tidak diutuskan maka engkau yang akan diutuskan wahai Umar.”
Hadith ini adalah hadith yang munkar. Yang masyhur ialah: “Jika ada Nabi selepasku maka Umar Bin al-Khattab adalah Nabi tersebut.”. al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hadith hasan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs