Tiada asalnya secara marfu’

30/06/2024

minit bacaan



Jika aku mampu mengulangi masa lampau, nescaya aku akan mengambil lebihan harta orang kaya

Teks Bahasa Arab

لَو استَقبلتُ من أمرى ما استدبرتُ لأخذتُ فُضولَ الأغنياءِ فقسَمتُها علَى فقراءِ المهاجرينَ.

Teks Bahasa Melayu

Jika aku mampu mengulangi masa lampau, nescaya aku akan mengambil lebihan harta orang kaya dan aku bahagikan kepada orang yang fakir dan miskin dalam kalangan Muhajirin.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada asalnya secara marfu’

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis no. 4410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا): ((لو استقبلت من أمري ما استدبرت لأخذت فضول الأغنياء فقسمتها على فقراء المهاجرين)). [((الضعيفة)) (670)].

(Tiada asalnya secara marfu’) “Jika aku mampu mengulangi masa lampau, nescaya aku akan mengambil lebihan harta orang kaya dan aku bahagikan kepada orang yang fakir dan miskin dalam kalangan Muhajirin.” [Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 670].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.