Jika aku ingin menghancurkan dunia, aku akan mula menghancurkan rumahku dahulu

TEKS BAHASA ARAB

إذا أردت أن أخرب الدنيا بدأت ببيتي فخربته، ثم أخرب الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika aku ingin menghancurkan dunia, aku akan mula menghancurkan rumahku dahulu, kemudian aku menghancurkan dunia.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 51, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي: لا أصل له.

Al-‘Iraqi berkata: Tiada asalnya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs