Jika aku ingin melantik seseorang tanpa bermesyuarat terlebih dahulu

TEKS BAHASA ARAB

لو كنت مؤمرا أحدا من غير مشورة منهم، لأمرت عليهم ابن أم عبد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika aku ingin melantik seseorang tanpa bermesyuarat terlebih dahulu, nescaya aku akan melantik Ibn Ummi Abd.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1814, hadis nombor 9144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي -رضي الله عنه – مرفوعا: لو كنت مؤمرا أحدا من غير مشورة منهم، لأمرت عليهم ابن أم عبد. [ت، هـ، حم، ((الضعيفة)) (2327)]

(Lemah) Daripada Ali RA berkata, Nabi SAW bersabda: Jika aku ingin melantik seseorang tanpa bermesyuarat terlebih dahulu, nescaya aku akan melantik Ibn Ummi Abd. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2327]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs