TEKS BAHASA ARAB
لئن بقيت لآمرن بصيام يوم قبله أو يوم بعده. يوم عاشوراء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika aku dipanjangkan umur akan aku perintahkan supaya berpuasa pada hari sebelumnya atau selepasnya iaitu hari ‘Asyura.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1143, hadis nombor 5778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التام) عن عبدالله بن عباس رضي الله عنه مرفوعا: لئن بقيت لآمرن بصيام يوم قبله أو يوم بعده. يوم عاشوراء. [هق، الضعيفة (4297)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Jika aku dipanjangkan umur akan aku perintahkan supaya berpuasa pada hari sebelumnya atau selepasnya iaitu hari ‘Asyura. [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4297]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.