Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jika aku dipanjangkan umur akan aku perintahkan supaya berpuasa pada hari sebelumnya atau selepasnya

Teks Bahasa Arab

لَئِنْ بَقِيْتُ لَآمُرُنَّ بِصِيَامِ يَومٍ قَبْلَهُ أو يَومٍ بَعْدَهُ. يوم عاشوراء.

Teks Bahasa Melayu

Jika aku dipanjangkan umur akan aku perintahkan supaya berpuasa pada hari sebelumnya atau selepasnya iaitu hari ‘Asyura.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1143, hadis no. 5778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التام) عن عبدالله بن عباس رضي الله عنه مرفوعا: لئن بقيت لآمرن بصيام يوم قبله أو يوم بعده. يوم عاشوراء. [هق، الضعيفة (4297)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Jika aku dipanjangkan umur akan aku perintahkan supaya berpuasa pada hari sebelumnya atau selepasnya iaitu hari ‘Asyura. [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4297]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.