Jika ahli syurga sudah berada di dalam syurga, mereka saling merindukan antara mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا ‌استقر ‌أهل ‌الجنة في الجنة اشتاق الإخوان إلى الإخوان، فيسير سرير ذا إلى سرير ذا، فيلتقيان، فيتحدثان ما كان بينهما في دار الدنيا، ويقول: يا أخي تذكر يوم كذا كنا في دار الدنيا في مجلس كذا، فدعونا الله فغفر لنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika ahli syurga sudah berada di dalam syurga, mereka saling merindukan antara mereka, maka katil si fulan bergerak ke katil si fulan, lalu mereka bertemu dan berbual tentang apa yang telah mereka lakukan bersama ketika di dunia dan berkata: Wahai saudaraku, adakah kamu masih ingat ketika kita berada di dunia pada suatu majlis, lalu kita berdoa kepada Allah dan Allah mengampunkan kita.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 655 – 656, hadis nombor 3384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا ‌استقر ‌أهل ‌الجنة في الجنة اشتاق الإخوان إلى الإخوان، فيسير سرير ذا إلى سرير ذا، فيلتقيان، فيتحدثان ما كان بينهما في دار الدنيا، ويقول: يا أخي تذكر يوم كذا كنا في دار الدنيا في مجلس كذا، فدعونا الله فغفر لنا)). [حل، عبد الغني المقدسي في ((الجواهر))، ابن الأعرابي، ابن قدامة في ((المتحابين في الله))، ((الضعيفة)) (2321)]

(Lemah) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika ahli syurga sudah berada di dalam syurga, mereka saling merindukan antara mereka, maka katil si fulan bergerak ke katil si fulan, lalu mereka bertemu dan berbual tentang apa yang telah mereka lakukan bersama ketika di dunia dan berkata: Wahai saudaraku, adakah kamu masih ingat ketika kita berada di dunia pada suatu majlis, lalu kita berdoa kepada Allah dan Allah mengampunkan kita.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, Abdul Ghani al-Maqdisi dalam al-Jawahir, Ibn Al-A’rabi dan Ibn Qudamah dalam al-Mutahabbin fi Allah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2321]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.