Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika ada setitis daripada al-Zaqqum (zakum) jatuh ke bumi maka akan musnahlah kehidupan penduduk bumi

Teks Bahasa Arab

لو أنَّ قطرةً من الزَّقُّومِ قُطِرَتْ في دارِ الدنيا ، لأفسدتْ على أهلِ الدنيا معايشَهمْ فكيفَ بمن يكونُ طعامُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Jika ada setitis daripada al-Zaqqum (zakum) jatuh ke bumi maka akan musnahlah kehidupan penduduk bumi, bagaimana pula keadaan orang yang memakannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis no. 3560. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ هذه الآية: {اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون} [آل عمران: ١٠٢]، قال صلى الله عليه وسلم: ((لو أن ‌قطرة ‌من ‌الزقوم قطرت في دار الدنيا لأفسدت على أهل الدنيا معايشهم فكيف بمن يكون طعامه)). [ت، النسائي في ((الكبرى))، ه، حب، ك، حم، الطيالسي، البيهقي في ((البعث))، طب، طس، طص، ((الضعيفة)) (٦٧٨٢)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA bahawa Rasulullah SAW membaca ayat ini: {Bertakwalah kamu dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan kamu Islam}. [Surah Āli ‘Imrān ayat 102] Nabi SAW bersabda: Jika ada setitis daripada al-Zaqqum (zakum) jatuh ke bumi maka akan musnahlah kehidupan penduduk bumi, bagaimana pula keadaan orang yang memakannya. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-Nasāi dalam al-Sunan al-Kubrā, Ibn Mājah dalam al-Sunan, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Ṭayālisī dalam al-Musnad, al-Baihaqī dalam al-Ba‘th wa al-Nusyūr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ serta al-Saghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6782]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.