Jika ada seseorang yang terselamat daripada himpitan kubur itu maka Sa’ad adalah yang terselamat

TEKS BAHASA ARAB

لو نجا أحد من ضغطة القبر لنجا سعد، ولقد ضم ضمة اختلفت منها أضلاعه من أثر البول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika ada seseorang yang terselamat daripada himpitan kubur itu maka Sa’ad adalah yang terselamat. Sesungguhnya dia telah dihimpit dengan satu himpitan sehingga tulang rusuk saling terhimpit itu kerana kesan air kencing (yang tidak dibersihkan).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1736, hadis nombor 8734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سعيد المقبري قال: لما دفن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سعداً قال: ((لو نجا أحد من ضغطة القبر لنجا سعد، ولقد ضم ضمة اختلفت منها أضلاعه من أثر البول)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3315)]

(Munkar)
Daripada Sa’id al-Maqburi, beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW mengebumikan Sa’ad, Baginda bersabda: ((Jika ada seseorang yang terselamat daripada himpitan kubur itu maka Sa’ad adalah yang terselamat. Sesungguhnya dia telah dihimpit dengan satu himpitan sehingga tulang rusuk saling terhimpit itu kerana kesan air kencing (yang tidak dibersihkan).))
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3315].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs