Jika ada perkara yang merunsingkan Baginda, Baginda akan mendongak ke langit sambil mengucapkan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أهمه الأمر رفع رأسه إلى السماء فقال: سبحان الله العظيم. وإذا اجتهد فى الدعاء قال يا حى يا قيوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika ada perkara yang merunsingkan Baginda, Baginda akan mendongak ke langit sambil mengucapkan: Maha Suci Allah yang Maha Agung. Jika Baginda sedang bersungguh-sungguh dalam berdoa, Baginda akan mengucapkan: Wahai yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri Sendiri.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089, hadis nombor 5532. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كَانَ إِذَا أَهَمَّهُ الأَمْرُ رَفَعَ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ. وَإِذَا اجْتَهَدَ فِى الدُّعَاءِ قَالَ يَا حَىُّ! يَا قَيُّومُ. [ت، ابن السني، الضعيفة (6345)].

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Jika ada perkara yang merunsingkan Baginda, Baginda akan mendongak ke langit sambil mengucapkan: Maha Suci Allah yang Maha Agung. Jika Baginda sedang bersungguh-sungguh dalam berdoa, Baginda akan mengucapkan: Wahai yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri Sendiri. [Riwayat al-Tirmizi dalam sunannya, riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6345]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs