Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا أَهَمَّهُ الأَمْرُ رَفَعَ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ. وَإِذَا اجْتَهَدَ فِى الدُّعَاءِ قَالَ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika ada perkara yang merunsingkan Baginda, Baginda akan mendongak ke langit sambil mengucapkan: Maha Suci Allah yang Maha Agung. Jika Baginda sedang bersungguh-sungguh dalam berdoa, Baginda akan mengucapkan: Wahai yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri Sendiri.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089, hadis no. 5532. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كَانَ إِذَا أَهَمَّهُ الأَمْرُ رَفَعَ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ. وَإِذَا اجْتَهَدَ فِى الدُّعَاءِ قَالَ يَا حَىُّ! يَا قَيُّومُ. [ت، ابن السني، الضعيفة (6345)].
(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Jika ada perkara yang merunsingkan Baginda, Baginda akan mendongak ke langit sambil mengucapkan: Maha Suci Allah yang Maha Agung. Jika Baginda sedang bersungguh-sungguh dalam berdoa, Baginda akan mengucapkan: Wahai yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri Sendiri. [Riwayat al-Tirmizi dalam sunannya, riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6345]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman